Saturday, May 31, 2014

Ubah lagi..

Lunch tadi sempat ke nursery baru kat bando shopping 12 beg tanah, pokok bunga tapak dara/ kemuning cina tuk Hamzah, pokok melur biasa & 2 pasu dengan harga RM40.. puas ati sbb ngam2 bawak duit tuk shopping..

Hamzah pon nak tanam bunga so ajar dia tanam pokok yang tak susah nak jaga.. Dia berkenan bunga raya yg comel & dah berbunga kembang.. tak berani nak belikan coz xdek pengalaman jaga pokok ni.. tangan panas katakan.. beli pokok2 simple dulu..

Balik rumah still panas terik, so pujuk2 Hamzah yg da x sabo nak tanam pokok dia.. Tapi memang xdek rezeki dia harini.. dia dgn Daud ikut makcik dia balik kampung petang tadi... So kesorangan la aku petang tadi.. dari kul 5 sampai 7 mengerjakan garden bed..

Pokok kacang tu aku da google, rupanya pokok kacang botol yg berdaun panjang mcm kangkung.. xpelah xde rezeki nak tanam pokok tu.. aku cabut & buang sbb dari apa yg dibaca, pokok tu berat & perlukan pancang yg kuat.. setakat PVC tu dia xlayan punya.. Pokok kesum pon aku alihkan dalam pasu yg besar, senang nak siram banyak air.. kalu dalam garden bed takut pokok2 lain terlebih air.. 

Pokok Kemuning Cina & Melur aku tanam dalam pasu baru.. Melur tu baru nak berbunga.. harap2 dia tahan.. sebab aku google, pokok yg berbunga ni x sesuai dipindah2kan.. nanti xnak berbunga lagi.. So aku amik la yg baru nak berbunga.. so settle 1 keja..

Aku ada 4 bekas besar buttercup yg opismate aku bagi.. da siap cuci2 & tebuk lubang.. Kunun nak buat pasu bertingkat tapi disebabkan tapak yg pegang PVC tu lembut.. terus x jadi.. seeloknya simen PVC tu dalam pasu beso.. so dia xkan tumbang.. next time!!.. So aku kerat2 batang ros jepun & cocok dalam pasu no.1.. saja cocok jarak2.. biar dia penuh sendiri.. pasu no 2 aku tanam keratan moneyplant.. aku main taram je ni, tgk kat tenet dorg kerat serong & cocok jek... pasu no.3 aku kerat kemuning cina pepel yg aku amik dari padang sekolah tadika Daud.. tu pon leh guna keratan batang.. pasu no. 4 aku tanam semula pokok bulu ayam/ benang emas yg diamik dari kg.. keratan batang jugak.. so, pasu buttercup ni suma hasil keratan batang.. Ada lagi 6 bekas buttercup yg belum dicuci...

Garden bed aku gemburkan2, cabut segala rumput terselit & tambah 6 beg tanah.. nampak mcm da penuh.. So teringat satu blog omputeh yg tunjukkan garden bed dibagi2 sama saiz & tiap petak ditanam satu jenis pokok.. petak2 tu dibagikan guna tali.. & disebabkan malas nak masuk rumah carik tali, aku guna batu putih yg da lama beli tapi x sentuh lagi.. 

Gambar jarak dekat di malam hari... petang tadi x sempat amik gambo sbb enpon abis bateri.. gambar bawah dari kanan pokok bendi/okra yang da lama semai.. da tinggi batangnya.. sebelah & gambo atas pokok kailan yang cinonet2.. 

sbelahnya nanti planning nak tanam sawi, kangkung, kacang.. huhu memacam la planningnya... pasni xnak semai dulu.. terus tanam dalam garden bed sebab takut risiko akar rosak.. tangan mcm aku ni kasar.. buat sehabis lembut pon tetap ganas.. takpe usaha tangga kejayaan.. sekali gagal bukan selamanya gagal.. kalu gagal, kedai tetap ada jual sayur kekekek..

Pasu 4 beradik.. da xtau nak letak mana.. Pak Incik pon da marah2 sebab nak bawak motor lalu pon susah kekekekk.. nak buat camne.. tempat xdek... nantila aku buat para guna PVC pancang xjadi haritu..

Pokok Kemuning Cina Hamzah.. konfem pasni dia nak carik pokok lain sebab xdapat tanam pokok ni... Pokok Melur belakang tiang so terlupa nak amik gambo.. jangan risau, esok masih ada..

tadi baru lepas order benih Balung Ayam, Marigold, Zinnia & Cosmos kt jualbenihbunga.com.. benih sayur da banyak, nak try bela bunga pulak.. tapi tgh terpikir2.. nak letak kat mana lagi.. nampaknya kena guna laman depan rumah yg serabut tu la.. agak2 pak incik rajin x tolong?.. huhuhu... kalu x, gantung je la suma bunga2 yg ada.. biar lagi serabut..

Ok.. cukup la stakat ni... 

No comments:

Post a Comment